Sunday, June 22, 2008

Kisah rakyat dan PM terlampau


1. Rakyat disuruh bekerja lebih keras untuk 'menyesuaikan diri' dengan kenaikan harga petrol. Tidak cukup dengan kerja 8 jam sehari, disuruh pula bekerja part time kat pasar malam, pasar tani.

Rakyat terus susah, PM dan kerajaan jugak yang terus kaya.

2. Maka mulalah ibu bapa yang berkira-kira untuk bekerja part time, si ibu yang selama ini suri rumah, sudah mula mencari peluang pekerjaan di luar. Gaji si bapa yang selama ini hanyalah cukup-cukup makan, sekarang tidak mampu lagi menanggung kos sara hidup yang tinggi. Tak tahu lagi tang mana lagi yg nak dijimatkan lagi, spt yang dicadangkan oleh kerajaan

Rakyat terus susah, PM dan kerajaan jugak yang terus kaya.

3. Sedang ibu bapa sibuk bekerja, maka secara otomatiknya kurangnya perhatian dan pengawasan terhadap anak-anak di rumah. Gejala sosial terus meningkat. Si ibu dan bapa yang letih bekerja, tidak mampu lagi mengawal anak-anak. Berbagai-bagai krisis lagi boleh berlaku, disebabkan kesibukan kerja dan tekanan hidup untuk mencari sesuap nasi.

Rakyat terus susah, PM dan kerajaan jugak yang terus kaya.


4. Rakyat disuruh naik kenderaan awam sbg langkah berjimat cermat sedangkan LRT, komuter, bas sudahpun macam 'sardin' setiap kali pergi dan balik kerja.

Rakyat terus susah, PM dan kerajaan jugak yang terus kaya.



Peluang berniaga - Kerajaan sedia permit bantu golongan pendapatan rendah – PM (terlampau)

KUALA LUMPUR 22 Jun – Kerajaan akan mengeluarkan permit perniagaan kecil untuk golongan berpendapatan rendah sebagai satu lagi langkah proaktif meringankan beban mereka akibat kenaikan harga minyak dan barangan.
Kakitangan awam yang turut terbeban dengan peningkatan kos sara hidup kesan kenaikan harga bahan api itu juga boleh memohon permit berkenaan untuk menjalankan kerja sambilan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, permit berkenaan melibatkan perniagaan dan penjaja kecil seperti di pasar tani, pasar malam dan kawasan perumahan yang masih mempunyai ruang untuk kegiatan itu.
Selain itu, Perdana Menteri juga meminta rakyat memainkan peranan dengan mengubah gaya hidup agar tidak melakukan pembaziran.
‘‘Saya bukanlah hendak cadangkan kita ini semua jadi kedekut. Cuma jangan membazir,” katanya.
Abdullah menambah, pembaziran perlu dielakkan bukan sahaja pada masa senang tetapi ketika menghadapi kesusahan.

No comments: