Bismillah
Semalam kuterima call dari seorang member baik. Katanya dia kena pergi ke Sudan minggu depan as On-Job-Training (OJT) selama setahun. Rasa terkejut dan kesian pun ada. Sebab? sebabnya si member ni baru sahaja kahwin, tak sampai 2 minggu lepas! Boleh balik 4 bulan sekali pulak tu, tak boleh bawa family sebab ia adalah OJT. Ish2, entahlah, segalanya adalah takdir, dan pasti ada hikmahnya tu. Terasa syukur kerana diriku ni walaupun selalu berpisah, tapi masih 'domestik', bolehlah balik seminggu atau 2 minggu sekali. Tapi bagi diriku, perancangan itu sudah ada, kuharap perpisahan ini tidak lama.
Inilah trend dunia kapitalisme, lebih-lebih lagi makan gaji, kita ditekan dan dipaksa untuk menelan hakikat (palsu) bahawa kerja lagi penting dari segala-galanya, sehingga terpaksa mengorbankan masa untuk keluarga. Memang betul kita kena berusaha, bekerja bersungguh-sungguh. Namun, tidak lah sampai tiada masa bersama keluarga terutamanya anak-anak yang sedang membesar. Contohnya di KL, rata-rata ibubapa masing2 bekerja dan meninggalkan anak di nursery. Kadang-kadang kesian tengok baby2 yang comel2 ditinggalkan seharian, pagi hantar, lewat petang baru ambil, kadang-kadang sampai malam. Berapa banyak sangat masa untuk bersama anak2 di sebelah malam? Esok paginya hantar semula. Kalau ada masa pun, weekend atau cuti panjang. Lagi kesian kalau keluarga yang mengupah maid untuk menjaga anak dan menguruskan rumah. Nah, nikmat menjaga anak dan membesarkan nya telah kita bagi kepada orang lain, darah daging kita sendiri dididik dan diasuh oleh orang lain. Ke mana perginya air tangan seorang ibu, kemana perginya tangan ibu yang mana tercurahnya kasih sayang dan keberkatan kepada anak. Sedarlah, wang sebanyak RM1000 atau RM2000 tidak mampu membeli masa bersama anak-anak, mendidik dan mengasuhnya sementara si anak sedang membesar. Anak itu ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencoraknya, bukan orang lain, bukan pembantu rumah dari seberang. Pendidikan itu bermula di rumah, di masa kecillah segala nilai-nilai baik dan contoh ibu bapa perlu ditanam di dalam diri anak-anak.
Kesimpulannya, keseimbangan itu penting, dan ia memerlukan perancangan yang teliti dan realistik. Masa adalah ubat dan sabar adalah kuncinya. Jika tidak dapat mengubah dunia hari ini, ubahlah diri sendiri dan keluarga, walaupun sedikit demi sedikit. Ingatlah kerja hanyalah usaha kita, tetapi rezeki itu dari Allah. Ikhlaskan niat, insyaallah dipermudahkan-Nya. Inilah peringatan untuk diri sendiri yang sering leka dan lalai.
Wallahu'alam.

No comments:
Post a Comment