Oleh Abang Ngah www.kedahlanie.blogspot.com, www.tranungkite.net
Saya mengikuti perkembangan kenaikan harga minyak bermula dari awal kenaikannya lagi. Rasa dukacita, marah dan diperbodohkan begitu menguasai diri. Bantahan demi bantahan dikeluarkan oleh semua pihak, khususnya dari Pakatan Rakyat. Saya jugak mengharapkan bantahan yang kita semua buat ini akan berterusan sehingga kerajaan mampu ditukar oleh kita.
Media massa dan pihak kerajaan memainkan peranan dalam menyatakan kebenaran tindakan menaikkan harga minyak. Krisis dunia dan bla .. bla.. .
Sedikit malang, yang terjebak dalam krisis bantahan dan kemarahan rakyat ini ialah Petronas dan secara tidak langsung, Tan Sri Hassan selaku Presidennya menjadi jurucakap bagi menerangkan suasana kegawatan dunia pada hari ini.
Penulisan saya kali ini sebenarnya lebih bertujuan untuk mengajak semua rakan-rakan Pakatan Rakyat agar tidak membazirkan peluru melakukan serangan. Serangan yang kita tujukan kepada Petronas sebenarnya suatu pembaziran. Mungkin juga boleh membawa malapetaka kepada negara sendiri.
Tidak semena-mena ditimbulkan perbelanjaan bayaran gaji yang tinggi untuk kakitangan Petronas dan bonus tahunan yang mereka dapat. Saya tidak nafikan kakitangan Petronas ni bukan semuanya baik. Cukuplah anda tahu, kakitangan Petronas boleh dikatakan ramai juga yang berimejkan Islam, sayangkan agama, beramal dengan agama dan jujur dalam tindak tanduk meraka.
Dalam industri minyak dan gas, gaji dan bonus yang mereka dapat sebenarnya tak berbaloi pun dibandingkan dengan syarikat minyak yang lain. Risiko yang mereka ambil untuk mencari pendapatan Negara sebenarnya tak boleh dinilai dengan gaji dan bonus. Kalau ikutkan peluang yang ada di sebelah Timur Tengah dan kakitangan Petronas pula tak sayangkan Negara, saya yakin kakitangan Petronas yang berkepakaran ini boleh berhijrah ke syarikat-syarikat minyak di tanah Arab yang menawarkan pendapatan yang sangat lumayan untuk mereka.
Bayangkan pengorbanan mereka meninggalkan anak dan isteri untuk tempoh 2 minggu berturut-turut berada di lautan. Setengahnya ada yang membawa balik merchury dalam tubuh masing-masing. Mungkin itulah bonus mereka dapat dengan bekerja di Petronas. Bersabung nyawa di udara apabila menaiki kenderaan rasmi mereka, helicopter. Begitu juga dengan pekerja-pekerja yang berada di daratan, loji-loji mereka cukup terdedah dengan unsur-unsur bahaya. Bagi saya, serangan yang sepatutnya kita lakukan sekarang bukannya kepada Petronas.
Kita dah silap sasaran. Yang pukul kita adalah kerajaan BN. Selepas mereka pukul, mereka bersembunyi dan menyalahkan Petronas. Kini kita balas pukulan BN tersebut kepada Petronas. BN berada dalam zon selesa menyaksikan rakyat membelasah Petronas yang tidak bersalah. Saya pun hairan jugak, orang2 Petronas ni sedar tak punca mereka dibelasah adalah berpunca daripada kerajaan BN.
Saya harap orang Petronas menyedari perkara ini. Sepatutnya, kita alihkan tumpuan kita dengan melakukan serangan yang jelas kepada kerajaan pimpinan Pak Lah yang mencetuskan huru-hara ini. Serang pembaziran yang mereka buat selama Petronas mencurahkan pendapatan yang tinggi kepada negara. Tumpukan kepada gaya hidup kepimpinan BN.
Lihat sahaja Pak Lah ke Kelantan baru-baru ini. Baru saja rakyat dimintak untuk mengubah gaya hidup, PM ke Kelantan menaiki pesawat peribadi. Jamuan tengahari yang mewah di hotel dan pelbagai lagi kemewahan yang dilakukan. Itu belum lagi kita melihat kemewahan pimpinan BN ketika berada di luar negara. Rakyat Malaysia yang berada di luar tahulah macamana pimpinanBN kalau berada di luar negara.
Tanyalah student-student kita di luar negara. Trend ini diikuti sepenuhnya oleh student-student yang kaki ampu pemimpin BN dengan menyertai Kelab Umno. Saksikan bagaimana perangai student ini berubah kepada gaya hidup mewah setelah pimpinan BN berkunjung ke tempat tersebut..
Saya mintak sekali lagi, alihkan serangan anda daripada Petronas kepada kerajaan BN. Bak kata Presiden Hassan Marican, subsidi di bawah tanggungjawab pihak kerajaan. Petronas membayar kepada kerajaan RM 365 billion sehingga kini.
Sepatutnya soalan kita hasil dari kenyataan Tan Sri ini ialah, bagaimana kerajaan menguruskan RM 365 billion ini kepada rakyat. Jangan ganggu kerja-kerja Petronas dalam mencari keuntungan syarikat mereka. Biarkan Tan Sri meneruskan kesiambungan Petronas.
Jangan biarkan Pak Lah selesa kerana rakyat menyerang Petronas. Ingat, Petronas dipersetujui melalui parlimen berada di bawah tanggungjawab Perdana Menteri. Mesej yang jelas, Petronas juga boleh berada di bawah Perdana Menteri Pakatan Rakyat tidak lama lagi. Mungkin keuntungannya lebih lumayan berbanding semasa di zaman BN. Masa tidak lama lagi..
Berikan kefahaman kepada rakyat bahawa pemimpin BN yang zalim, jahat dan mengikis harta kekayaan negara. Beri peluang kepada Petronas untuk menerokai kejayaan. Kita perlu berbangga kerana Petronas satu-satunya syarikat milik umat Islam dan mampu diterima di peringkat dunia. Jangan hancurkan Petronas semata-mata kerana isu ini. Petronas tidak akan rugi tapi kita sebenarnya yang akan rugi. Saya yakin Pakatan Rakyat boleh menurunkan kembali harga minyak.Teorinya juga bukan menggunakan keuntungan Petronas, tetapi sebaliknya memotong seluruh elaun-elaun keraian menteri yang luar biasa, elaun bercuti di luar negara, elaun perumahan yang tinggi dan pelbagai jenis elaun lagi.
Pakatan rakyat boleh jimatkan duit ini berbilion ringgit dan memulangkan kembali kepada rakyat. Justeru, kerajaan PR yang menguasai kerajaan negeri pada hari ini perlu mengambil contoh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Buktikan kesederhanaan dalam berbelanja. Berbelanja jangan boros, berjimat pula jangan sampai kedekut. Justeru, alihkanlah serangan anda daripada Petronas kepada kerajaan BN/Pak Lah.
Petronas dah banyak melakukan perubahan. Pentadbiran mereka sudah tidak semewah dulu. Lihat saja kenderaan-kenderaan yang dimiliki Petronas. Tak banyak yang berjenama mewah. Lihat pula kenderaan milik kerajaan. Kalau ke Putrajaya, keluar masuk kenderaan kerajaan semuanya boleh dikatakan kenderaan mewah. Toyota Fortuner, Toyota Harrier dan pelbagai lagi kenderaan yang berjenama mahal. Lihatlah dalam pejabat mereka, perbezaan yang jauh dengan Petronas.
Saya mendapat maklum balas dari seorang kontraktor yang mencari rezeki di kedua-dua agensi ini. Kontraktor ini cakap, saya dapat saksikan bagaimana perbezaan antara Petronas dan agensi kerajaan. Berurusan dengan Petronas cukup telus. Tidak perlu mengeluarkan tips-tips untuk kakitangannya.
Apa yang perlu, patuhi peraturan yang telah diperkenalkan oleh mereka. Walaupun ada di sesetengah tempat, tapi peratus antara kedua-dua tempat ini, agensi kerajaanlah yang cukup banyak isu hulur-menghulur. Berurusan dengan pihak kerajaan, cukup banyak tangga-tangga yang perlu dilalui. Tidak ada tips, tidak ada kontrak. Itulah kerajaan BN. Jadi, alihkan serangan anda kepada kerajaan BN bukan lagi kepada Petronas atau peribadi Tan Sri Hassan Marican.
Tahniah Pakatan Rakyat !

No comments:
Post a Comment